Showing posts with label basikal. Show all posts
Showing posts with label basikal. Show all posts

Thursday, August 20, 2009

Cycling

I missed the moments where the night breeze silently sweeping my face as we race pass through it. And I missed the times when we stop over for our thirst quenchers whenever we felt tired along the way. It's been several weeks since our last ride as a group. It's going to be a month halt prior to Ramadhan.

How I wish if we could do another night before we solemnly obey to Allah's instruction. And it would be great if we can get all together. We can listen to the buzzing noise of vehicles passing us by, little that we know it is an attenuator for is in depleting our hectic mind. We could secretly admire the cool night breeze as we pass the hills, and make us realize that there are plenty of natural beauties out there that we ignorantly did not know.

I remembered the time when we used to giggle on each moment we joked, and also we pant for breath when trying to talk while paddling up the hill. These are the moments I silently missed.

If I could get it for another night, I would be gayly happy to face Him in the month of humbleness.

Tuesday, July 14, 2009

FiAT

Baju yang menjadi isu


Pagi ini aku mengayuh ke pejabat. Dah agak lama aku tidak lakukan akitiviti ini. Takpe, memandangkan hari itu aku dah start balik mengayuh, maka aku pon kayuh ke ofis.

Sampai di ofis, seperti biasa aku akan terus mencapai milo ais dari kantin. Sesudah itu, aku pun menuju ke restroom untuk tukar baju dan mandi.

Sewaktu sedang duduk kemalasan di restroom, adalah seorang ofis mate masuk.

"Aiyo amad! apa macam u duduk itu macam! waktu u duduk saya sudah takda nampak huruf "i" di baju u..hahahah!" katanya kepada aku.

Uh oh, bahaya tu, kalau tak nampak huruf "i", maka baju aku akan mengatakan yang aku FAT. tak boleh jadi ni..

" Takpelah Bob, kalu lu takda nampak, nanti dua minggu lagi saya mari pakai ini baju, kasi u tak nampak huruf 'A' aje.. ok" balas aku.

Huhuhu..berjayakah aku? Pompang aje lebih ni!!!

Tuesday, April 14, 2009

Hasil yang Indah

Pagi tadi aku ke klinik. Aku nak ambil ubat untuk selsema aku yang tak ada kesudahannya.

Selesai pemeriksaan, aku menuju ke pintu keluar.

Di kala mencapai tombol pintu, aku terlihat menatang itu..

Aku terlihat skala penimbang.

Aku buka sepatuku..

Aku pijak sebelah..

Aku pijak kedua dua kakiku di atasnya.

Aku tunggu untuk skala stabil.

Aku perhati..

dan terus perhati..

Jarum skala semakin stabil..

Jarum skala terhenti...

....

Jarum menunjukkan bacaan.

Aku tersenyum...

Nampak gaya penat lelah aku berhasil!

Aku perhatikan jarum skala..

Menatang itu tidak menipu.

Aku turn dari skala penimbang..

Aku menyarung sepatuku semula..

Aku mencapai tombol pintu

Aku tersenyum... :)

Aku berjaya turunkan tujuh kilogram.

Aku kini 75kg..

Sekarang...

Sapa GEMOKS!!!

Monday, March 30, 2009

Duit aku habis beli Menatang!

Semenjak memulakan aktiviti berbasikal, banyak alatan alatan sampingan yang telah aku beli untuk melengkap/menyedapkan lagi kayuhan aku. Di sini aku senaraikan barangan barangan yang telah dibeli, dan kadang kadang aku rasa yang telah aku bazirkan. heheh...

Lampu depan dan lampu belakang



Menatang ni aku beli sewaktu mula mula dapat basikal. Aku dah buat kajian tentang corak kayuhan aku, amalan yang akan aku buat, dan aspek keselamatan. Maka dengan itu aku yakinkan diri untuk beli kedua dua lampu ini.

Setelah menggunakannya, aku dapati lampu belakang lebih banyak menyumbangkan jasa. Bukan apa, tapi tiap kayuhan subuh dan malam, lampu merah itu akan ku pastikan berkelip agar orang yang memandang aku dari belakang tidak akan meng'checkout' bontot aku yang kembang ini, tetapi memastikan kewujudan aku di tepi jalan yang sama sama kongsi ini. Ia juga untuk memastikan agar anjing anjing yang bersiar siar akan lebih tertarik kepada aku, sekaligus menyeksa aku untuk kayuh lebih laju agar tidak dikejar.

Lampu depan aku gunakan hanya apabila kayuhan malam, itu pun sewaktu jalan gelap atau jalan yang banyak simpang. Kalau kayuh atas jalan besar, takde pekdah aku on lampu tu, bukannya ada effect. Ada affect kat pemandu arah bertentangan adalah, SILAU! Kegunaan lain lampu depan ni ialah bila blackout, ia boleh ditukar menjadi lampu picit. Picit sekali untuk suluh, picit lagi sekali untuk jadikan lampu disco (Azalea dan Danish sukalah!).

Meter kelajuan


Meter ini aku pasang juga waktu mula mula beli basikal. Benda ni aku sayang. Setelah banyak kali repair, pomen, dan membegakannya, ia tetap menjalankan fungsinya. Meter ini memberikan aku segala maklumat kayuhan yang aku perlukan; kelajuan, jarak kayuhan, kelajuan maksima, kelajuan purata, masa dan lain lain. Alhamdulillah, hingga takat penulisan ini, kayuhan aku dah mencapai 452km. Jauh gak beb gua kayuh!

Topi keledar


Topi ini aku dapat percuma waktu beli basikal. Rupanya tak seperti topi basikal yang lain, kerana aku kurang gemar yang itu. Warna yang aku pilih pula gelap, sesuai untuk orang malas nak basuh selalu.

Kat belakang topi tu pelekat blog buih, iklan percuma buat member aku. Bagi can lah kat dia, waktu dia tengah galak nak sambut anniversary blog dia, aku layan aje!

Topi keledar amat amatlah penting sewaktu kayuhan. Kalau gambar gambar sebelum ini kelihatan aku tak pakai helmet, waktu tu safety awareness aku cetek. Sekarang ni, pergi Darus pun aku pakai. Otak nak pakai sampai tua beb!

Sarung kepala


Sarung kepala ini penting untuk elak peluh masuk mata. Selain itu, peluh akan diserap lalu mengelakkan dari topi keledar menjadi masam.

Orang kata, bila aku pakai sarung kepala ni, rupa aku jadi cam LL Cool J. Tak kisahlah, asalkan aku tahu siapa diri aku...

Seluar kayuh



Inilah alatan yang paling ralat sekali aku nak beli dan pakai pada mulanya. Seluar ini terlalu seksi untuk pemakaian. "Boy with his sexy tights!" kata kakak aku setiap kali aku menyarungkannya.


Nak tahu kenapa semua pengayuh kelihatan seksi ketika kayuh? Rahsianya terletak di bahagian span terletak di punggung. Ya, span ini penyelamat generasi kepada semua pengayuh sejagat. Ia membuatkan punggung lebih selesa ketika kayuhan, dan juga memastikan "anu" si pengayuh menerima minimum hentakan.

Dan kerana semua alasan di atas, aku tak ada pilihan selain memakai seluar ketat ini.. I LIKE!

Sarung tangan

Ini alatan yang dibeli lepas dah tergadah!

Sebulan berkayuh, aku dapat rasa kesakitan di tapak tangan. Ini semua kesan dari gegaran dan hentakan ke atas jalan raya. Kesan merah dapat dilihat dengan jelas. Atas nasihat beberapa rakan kayuh, aku disarankan untuk memakai sarung tangan.


sarung tangan "steng" dibeli di kedai Fook Sang. Ia berjenama VENZO. Dapat dilihat imej kepala harimau di atasnya. Aku sengaja beli yang ada kepala rimau ini, bertujuan untuk sentiasa beringat perihal tunangku di kala kayuh.

Kasut Kayuh


Kasut ini bukan untuk kayuh sebenarnya. Tapi hampir kebanyakan pengayuh mountain bike memakai kasut sedemikian perihal. Kasut Salomon ini sebenarnya kasut hiking. Perihal kasut ini telah ditulis di helaian yang lalu.

Kaca mata


Setelah beberapa kaca mata yang tak ori, maka ini merupakan kaca mata terbaru yang digunakan untuk kayuh. Memamg aku sengaja memilih yang tak tinted, yang tak gelap, kerana dengan lensa sebegini dapat aku gunakan tak kira waktu dan masa. Nak kayuh pagi, aku bole nampak, nak kayuh petang, silau dapat dilindung, nak kayuh malam, masih boleh nampak dengan terang.

Kaca mata sebenarnya bertujuan untuk mengelak mata dari dimasuki debu dan habuk. Cuba kayuh belakang bas, baru kau tahu kepentingan pakai alat perlindungan mata
. Lagipun, stylo lah sikit bila kayuh! baru ada klas!

Inilah alatan alatan yang dibeli untuk aktiviti kayuhan. Lepas ni, aku nak tambah beg, seluar panjang dan beberapa alatan lagi.

Kemungkinan juga Deore XT bakal ditambah ke basikal ku.. Nantikan sahaja!!

Saturday, March 28, 2009

Kasut Baru - Review (Salomon Exit Sports)

Review gotten from www.outdoorsmagic.com. Kasut ni aku nak buat untuk kayuh basikal, jalan jalan, danbuat aktiviti harian.

Weight: 906 grammes (pair size 43)

Features: Outdoor shoe with suede leather, oiled nubuck and open mesh uppers, odour-resistant Ortholite comfort foam footbed, Sensifit lacing system, X-Mountain Contragrip sole, protective leather toe cap, molded EVA mid-sole, textlle lining, 2D Advanced Chassis


What's It For?

The Exit Sport is the latest in Salomon's long-running family of Exit all-round outdoor shoes. They're designed for a mix of walking, festering and just general casual knocking about. Because much of the Exit Sport's upper is open mesh, it's best saved for dry, warm days when it'll help your feet breathe more easily and soggy toes ain't an issue.


The Techy Bits

Salomon is one of those companies who go in for a raft of branded technical features, as far as the Exit Sport goes, the most important ones are the Sensifit lacing system which is designed so the lacing pulls the upper snugly over the foot for maximum support and the Ortholite footbed, which has an EVA heel section for better shock absorption along with an anti-baterial treatment to reduce pongs.

The chassis is what Salomon calls '2D' and is embedded in the sole unit to control pronation and increase stability. Think lateral stiffness and longitudinal flex and you won't be far wrong.


How It Performs

Salomon's shoes have been our long time choice for knock about casual / outdoor wear for ages now. Generally they seem to be ideal for wearing on a day to day basis, then knocking off a quick ten mile, casual walk without a change of footwear and the new Exit Sports seem to fall squarely into that niche.

They're instantly comfortable on the foot with a medium volume, medium width sort of feel. The lacing system is slick and makes it easy to adjust the upper snugly right down the forefoot. Subjectively we'd say they're a slightly more generous fit than last year's Elios.

Underfoot ride is generally cushioned and springy making them nice on harder surfaces and in warm weather you really appreciate the open mesh sections of the upper which do help keep the top of your foot cool and happy.

The Contragrip sole seems decent and grippy enough on anything except slippy mud though it's still not overly toothy, but then you won't want to be wearing this in the wet unless you enjoy the sensation of sopping wet socks. A Sport GTX version with Gore-Tex liner is also available.

For a soft-feeling shoe, they're also reasonably stable laterally making them competent on rougher ground, though not as precise feeling as some, less-cushioned shoes.


Verdict


Another good, dry-conditions all-rounder from Salomon. Great for schlepping around in all day but equally capable of coping with the odd walk as well.

The jury's still out on durability. We tend to wear holes in the heel liners of Salomon shoes over time and the mesh areas look vulnerable, then again the parts of the shoe most likely to suffer rock and abrasion damage are reinforced, though the EVA section - the grey bits of the sole - can also suffer cosmetic abrasion damage.

Very comfortable and cushoned, nice in warm, dry conditions.
Mesh lets in water so best kept for sunny days.

Thursday, February 19, 2009

Body vs. Mental (The Battle of Morning Soldiers)

I'm at the point of exhaustion,
My body seems to ache persistently,
My legs begin to tire at every radius,
And my blisters beginning to blossoms all over

Yet my mind wants to take it further,
Every day my mileage grows by the number,
And every seconds seems to be faster,
And route I take seems to be easier.

My body is tiring,
But my mind seems to be stronger.

I want to do it,
As I would face the sunrise for it,
And perform my obligation to Him,
Cause without this challenge,
I would have still be blanketed by the covers made from Swine.

I want to do it over and over,
To look upon the tiring faces of commuters stuck in the morning battle,
As that boost up my adrenaline,
To take every rotation further and faster.

Yet,
My body just cannot recuperate rapidly,
Against my will and against my mind.

May His blessings and guardians will protect me
During my raid at the Battle of Morning Soldiers.

Monday, February 9, 2009

Putrajaya Night

Cuti Thaipusam, aku dah tak tahu nak buat apa. So, kami bertiga bersetuju untuk mengayuh mengelilingi Putrajaya. Maka aku dengan MTB ak, Kept dengan Hybird nya dan Fadhil dengan LG roadbike nya berjanji untuk berjumpa di Putrajaya jam 12malam.

Ini merupakan gambar Jamis ku setelah dicabut cabut dan disumbat ke dalam kereta. Aku masih lagi tidak biasa dengan kerja ini, maka aku telah memohon pertolongan Bibi' untuk membantu aku memasukkannya. Kelihatan juga kasut yang aku guna untuk aktiviti kayuhan. Selain mengayuh, kasut itu juga aku gunakan untuk main takraw. Mungkin satu hari nanti aku beli kasut yang lebih sesuai, tapi buat masa ini, belasah aja lah!
Setelah sampai di Putrajaya, kami memilih untuk menempatkan kereta di Palace of Justice. Di situ tempat letak keretanya agak lapang dan terang, jadi ia akan mengurangkan kebimbangan terhadap pencuri kereta. Gambar di atas merupakan gambar setelah Jamis ku siap dipasang semula. Air di tengah palang itu bakal menyelamatkan aku daripada dahaga ketika berkayuh.

Ini aku setelah bersedia untuk kayuh. Basikal ku Jamis, bersemat sekali adalah gear 24 kelajuan. Tayar basikal ku sebenarnya sesuai untuk terrain, tapi oleh kerana nak juga pusing Putrajaya, aku henjut je dengan tayar yang ada. Takpe, biar lambat, asalkan tenaga keluar lebih sedikit. Baru boleh kurus brother!
Ini pula Kept Zazess. Dia kayuh basikal hybrid. Kami berdua masih baru dalam arena ini, tapi oleh kerana stamina dia cam gajah, maka kayuh basikal kira kacang putih jugak untuk dia. Bukit Fraser telah dia tawan dengan selamba sahaja. Susah nak ikut jejak orang gila ni
Ini boss... Dia kayuh LG roadbike. Dia yang telah meracun kami untuk memilih kehidupan berkayuh. Pengalamannya luas. Dari Bukit Fraser, ke Genting Sempah, ke Sepang, semua dia dah kayuh. Walau bagaimana pun, kesabaran beliau terhadap kelembapan kami amat amt disanjungi. Itu yang membuat kayuhan kami semakin efisian dan semakin bagus. Syabas kepada Boss!

Kami memulakan kayuhan dari depan Palace of Justice, terus menuju ke arah PICC. Dari situ, kami mendaki bukit mengelilingi PICC, kemudian turun semula menuju ke arah jambatan yang tak tahu yang mana. Aku baru sedar di sana terdapat terlalu banyak jambatan.

Jambatan yang dimaksudkan

Ketika berhenti sejenak di atas jambatan

Bertiga

Jamis di atas jambatan

Kayuhan diteruskan menuju ke bulatan besar Putrajaya. Kaki ku sudah mula keletihan. Tidak mengapa, "No Pain, No Gain" kata Mat Saleh. Ya lah tu! Sesampai di bulatan, Boss mengambil jalan yang menaiki ke pintu utama Istana. Perjalanan ini akan mendaki bukit yang tidak berapa curam. Inilah pertama kali aku akan mengayuh bukit. Aku nekad, walau apa pun terjadi, aku tak akan berhenti mengayuh hingga ke puncak. Ketika kayuh naik bukit, mata aku hanya tertumpu ke arah paddle. Gear dah masuk yang paling ringan sekali. Tak sanggup nak melihat ke hadapan, nak tengok berapa jauh lagi. Kept sudah terlalak lalak dari hadapan, "Jangan Give up Amad! boleh lagi ni, jangan give up!" No I will not.

Boss datang ke sisi ku. Dia suruh aku shift ke gear berat. "Pakai crank besar, beratkan sikit kayuhan. Then shift your body weights to the front. Kau akan rasa semua tangan, bahu dan kaki kau bekerja, tapi kayuhan akan jadi lebih senang dan lebih laju" bingkasnya kepada aku.

Memang betul. Setelah mengambil nasihat beliau, kayuhan menjadi lebih mudah. Walaupun kayuhan lebih perlahan, tapi perginya lebih baik dari kayuhan aku sebelum itu.

Sampai di atas, rasa penat tiba tiba hilang kerana kami dapat melihat keindahan Putrajaya. Tak sempat nak ambil gambar di atas sana, kerana bimbang Pengawal Istana mungkin akan tembak kami. Baik turun cepat. Turun bukit merupakan nikmt berbasikal yang tak mampu nak ditulis. Orang naik basikal sahaja yang tahu. Turun bawah, boleh lah belajar layan selekoh, layan lap. Syok siout!
Daripada sini, kami meneruskan kayuhan ke arah masjid. Sampai di masjid, kami pusing atas bulatan marmar. "Hoi!" Jerit pengawal. Alamak, tak boleh kayuh atas tu. Kami terus kayuh laju laju ke arah Palace of Justice. Keseluruhannya, jarak kayuhan mencapai 20km. A good one for beginners macam aku. Di bawah disajikan gambar kenangan ketika kayuh
Aku makan asap ikut roadbike dan hybrid kayuh

Posing Abang Macho

Posing gambar Profile

Sekadar gambar hiasan

Sunday, February 1, 2009

Pagi Ahad

Pagi Ahad yang lalu, aku telah dijanjikan untuk berbasikal bersama Fadhil dan Kept ke Shah Alam. Oleh kerana subuh itu hujan, maka mereka terpaksa membatalkan rancangan itu. Aku sudah bangun awal, maka amat sia sia lah kalau nak tidur balik.

Selepas selesai mengilatkan basikal, aku terus mengayuh seorang diri. Di sini disertakan pemandangan pemandangan yang hanya boleh ditangkap kalau kita naik basikal di pagi Ahad

Thursday, January 29, 2009

Journey back home

Journey back home took a lot harder than I expected. Muscles started cramping up within the first few kilometers. I had no choice but to pursue what I've started. Oh yeah, I managed to repair my Velo 8 Odometer at the office. Tak sia sia dapat kerja kat workshop, ada ramai orang boleh tolong repair all these stuffs. Gempak lah!

Distance covered:
Shorter than morning (I think!)

Average speed:
ok I guess

Max. speed:
Going downhill underneath cable bridge

Overall time:
Slower than morning trip (must be the tiredness)

Calorie burned:
I dunno bout this. ok izzit? Maybe I managed to burn my lunch kot;

Heh, wrapping up my post, I post you my Jamis parked in the store;
That's all folks!

Cycle & Carriage

I managed to cycle to my office this morning. The journey took about 10km. It was my first experience. Pushed off at about 6.50 a.m. and I took the Sunway route.

Later, I'll be cycling back home. Wish me luck!

Monday, January 26, 2009

10km

I have bought the bike mentioned on previous postings. The day I bought it, was also the day I made my first 20km cycle. I could not go into details for my first trip ( it was a test drive session), so let me update you with my second session.

After a quick nap back from Melaka, it's time for me to take my Jamis for a spin. The target, a 10km ride.

Managed to cycle for 10.5km. Had few rounds of cycling in SS 14 and 18. The timing was ok for starters;

A descent 34 seconds. There were flat lands, slopes, and downhill. The average speed managed was pretty bad though;

hehe.. freaking 18.4 km/h. I blame it on the slope. I still need to learn on my rhythm. I like my maximum speed;

I think this was done waktu kena kejar anjing kat belakang rumah zano! Darn, nasib baik anjing tu tak dapat kejar! huhu..

lain kali aku post gambar basikal yang aku beli. Aku lupa nak tangkap gambar :P

Monday, January 19, 2009

Decision Taken



Frame: 7005 triple-butted aluminium
Fork: RST Gila Pro 100mm travel
Front Derailleur: Suntour XC-202
Rear Derailleur: Shimano Deore
Shifters: Shimano Acera EZ-Fire Plus
Crankset: Shimano Acera M341 42/32/22
Bottom Bracket: Sealed Catridge 68x113
Brakeset: Tektro IO-X mechanical disc brake
Wheelset: Weinmann ZAC19
Hubs: Formula disc hubs
Freewheel: Shimano HG40-8 Powerglide II 8-speed
Chain: KMC Z82
Tires: WTB MotoRaptor 26x2.1
Saddle: WTB Speed V Sport SE
Weight: 31.00Ibs (14.09kg)


It'll soon be mine... JAMIS DURANGO 1.0 (08)

Saturday, January 10, 2009

Teh C

I had a pre-cycling session using Adam's unit (a bmx). After a disastrous and bore some day, I decided to take a quick exercise. It was 11.35pm, so I packed my wallet, handphone and handsfree, my ciggy and a torchlight into the mini bag Sasha gave for one of my birthdays. I am ill equipped with all the safety gadgets, so with my dark sweatshirt and a black cap, off I started cycling.

I decided to cycle to Teh C just to determine my endurance capability and also to check out the route. The journey from home to the monsoon drain well street lighted, but once I reached the school, it was dark. Had to turn on my torchy (sorry, cat eye x beli lagi) till the main road. Crossing the main road was okay, considering it was a Friday night. My breathing up to the point was good.

Reaching to the Giant's cross road, the journey took a long straight flat road. It was the first test on the bike. To cycle a BMX on a flat road requires good techniques and stamina. I do not possess any. This was where my right tights began to sore. With fatigue began to take its toll, I reached upon the Neon junction. The road ahead was in darkness.

My second test was about to loom. The road is well known for wild street dogs. As I recite Bismillahirrahmanirrahim, I paddled through the road. Thank goodness no dogs was around. I reached Teh C at about midnight. Everyone was looking at me. To hell with others, as long as I am happy with it, I could not care less. Grabbed myself a water, lighted up a ciggy, I rest. Friends were not around to the moment, maybe futsal was still on.

I have decided to rest for only half hour. So, after settling the bill, it was time to go home. The watch clocked 12.39 am. "Good, lets see how long will it take to paddle back" I said to myself.

I took the same path as before. I paddled up to Rio de Futsal, but unlucky me, the road was jammed with DOGS!! Made a U turn to one of the lighted guard house, and I stayed there for a good couple of minutes. "Lu gi ambil jalan lain lah, pusing kiri kat bulatan" the guard suggested. Okay, let me take that road. Haha... the roundabout was throned by a German Sherperd. Suddenly my legs paddled faster than before. Lucky me, it was not bothered to even look at me.

The route began to ease. Did you know that there's a big field situated there? It is equipped with a futsal court as well. The wonders of cycling, scenaries are better appreciated. I had a wonderful trip back. I even smiled to one of the leng lois while she was waiting at the bus stop opposite Summit. She did not respond, pfftt!!

Overall, it was what I wanted. To be able to commute further than walking, to sweat out my anger and boredom, and to feel satisfied with what I have always wanted. My legs has already reached its limit, but my passion for cycling grew stronger. I think I can do this, and I know I want to do it. I reached home at 12.59am.