Monday, December 22, 2008

Gerai Baru di Bistro - Sisha

Satu gerai baru telah wujud di Tanjung Mamak Bistro SS14 Subang Jaya. Gerai yang dimaksudkan menjual juadah popular dari Arab, iaitu Sisha. Telah lama saya tidak menikmati kepulan kepulan asap berperisa ini.

Secara saintifiknya, Sisha menggunakan kaedah penyerapan

"The main mechanism of the device is suction, hence inhaling flavored smokes from the pipe. The coal is located on top of the device, and provides heat in extracting flavor form tobacco. The flavor will be sucked out as smoke. The smoke will then be filtered using water as the agent. It is necessary to filter the smoke in order to minimize nicotine and debris coming from the tobacco. Upon filtration, it'll then reaches the inhaler's mouth, before reaching to their lungs."




Sisha merupakan juadah kegemaran masyarajat Arab. Telah dikatakan (tidak pasti kesahihannya) bahawa tembakau digunakan tidak mengandungi tar, sekaligus menyebabkan paru paru tidak tercemar. Mereka gemar menikmatinya pada waktu lapang. Apa yang saya tahu, tembakau yang dipilih telah direndam dengan air kurma berserta perisa pilihan. Antara perisa yang digemari adalah strawberi, cheri, melon, oren, anggur dan pudina.

Keistimewaan Sisha di SS 14 ini terletak di dapurnya. Tembakau berperisa akan disediakan di dalam buah yang telah dikorek keluar isinya. Kelihatan di atas buah nenas dijadikan sebagai dapur. Dengan menggunakan tembakau strawberi dan pudina,rasa Sisha ini amat sedap bertambah pula dengan rasa jus nanas bercampur. Di sini juga saya menyarankan agar pembaca mencuba perasa strawbwri dan anggur, dibakar di dalam nenas. Sungguh sedap rasanya.


Satu lagi keunikan sisha di sini ialah anda boleh mencuba dengan menggunakan air susu pengganti air. Susu akan menyebabkan rasa lemak di dalam asap itu, menyebabkan keenakan lebih terasa. Cuba rasa menggunakan perasa tembikai dan strawberi, dan anda pasti akan berasa puas.


Pengusaha Sisha di kedai ini meyarankan menggunakan aang kayu sebagai medium pembakaran. Ini kerana arang kayu mampu menghasilkan asap yang kurang tebal. Namun unt uk mereka yang menginginkan rasa yang lebih keras, disarankan agar menggunakan arang batu.

Di sini saya sertakan sekali gambar ketika saya menikmati Sisha. Oleh semua yang ingin menikmati Sisha, bolehlah datang ke gerai Tanjung Mamak Bistro di SS 14 Subang Jaya. Nama pengusaha pengusaha Sisha di sana adalah Bob dan Ja. Sila datang, dan anda pasti ingin menikmatinya sekali lagi.



Friday, December 19, 2008

Derhaka vs Dayus

Petikan diambil dari http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2008/10/antara-dayus-dan-derhaka.html

30 April bakal menjelang. Seorang wanita bakal meraikan ulangtahun perkahwinan pertamanya pada tarikh tersebut. Malangnya, belum sempat ulangtahun diraikan, hak beliau sebagai isteri telah diragut oleh ibu mertuanya sendiri ketika perkahwinannya baru mencecah 10 bulan. Lebih malang lagi, si suami yang diharapkan sebagai pelindung diri turut mengambil peranan memudahkan lagi kerja-kerja keji si ibu. Ini bukan kes pertama. Telah acap kali saya berhadapan dengan kes-kes sebegini. Ada satu kes, inai masih merah di jari, si isteri menemui saya bagi menentang tuntutan cerai si suami. Malah, kes pertama yang saya kendalikan ketika mula menjejak bidang guaman ini ialah kes menentang perceraian daripada seorang suami terhadap isteri. Satu persamaan di dalam kes-kes ini: punca perceraian ialah kerana desakan ibu suami yang tidak suka dengan isteri pilihan si anak.

Kalau kau aku dah benci, keturunan kau pun aku tak sudi…. Saya yakin, ramai yang tahu dengan ayat ini. Inilah ayat yang dilafazkan oleh Nyonya Mansor, ibu mertua kepada Kassim Selamat. Semua orang kenal Nyonya Mansor di dalam cerita P.Ramlee itu tetapi ramai yang tidak tahu, sudah ada ibu di era globalisasi ini yang lebih berani dan lebih kejam daripada Nyonya Mansor. Nyonya Mansor menggunakan muslihat untuk memisahkan anaknya dengan menantu yang tidak disukai. Sekarang ini, sudah ada ibu yang secara terang-terangan memaksa si anak menceraikan menantu yang tidak memenuhi kehendak hati. Si anak pula dengan rela hati menceraikan si isteri, yang sebelumnya dijanjikan akan dijadikan suri seumur hidup, yang pernah dijanjikan juga akan dibahagiakan hidupnya hingga ke akhir hayat. Bila terpaksa memenuhi kehendak si ibu, si suami mula menggunakan alasan, konon tak nak jadi anak derhaka, sedangkan kebanyakan kes, perkahwinan adalah di luar pengetahuan si ibu. Konon, kalau ibu tau, dia takkan izinkan jadi tak perlah kawin dulu tanpa pengetahuan ibu, nanti lambat laun si ibu akan terima perkahwinan tersebut.

Akhirnya, bukan si ibu terima tetapi seperti kisah wanita yang tak sempat merayakan ulangtahun perkahwinan pertamanya tadilah. Yang tanggung derita, adalah si isteri, wanita yang telah meletakkan sebuah harapan penuh kasih dan sayang tetapi berkecai sebelum sempat panas punggung perkahwinan. Saya faham dan tahu, itu semua ketentuan takdir. Persoalannya, jika enggan jadi anak derhaka, kenapa tak fikir semua itu sebelum perkahwinan? Sedarlah, anda tetap jadi anak DERHAKA ketika mengambil keputusan berkahwin tanpa pengetahuan ibu dan bila anda menceraikan isteri anda dengan arahan ibu, anda telah menerima satu anugerah khas iaitu DAYUS. Anda sekarang adalah anak derhaka dan suami yang dayus!!!

Kenapa anda masih derhaka? Kerana anda telah melukakan hati ibu anda walau akhirnya anda menunaikan kehendaknya dengan menceraikan isteri anda. Kenapa anda dayus? Kerana anda gagal memegang peranan dan tanggung jawab anda sebagai seorang suami. Apa salah isteri anda? Apa dosa isteri anda hingga anda perlu menceraikannya seperti kehendak ibu anda? Semata-mata isteri anda bukan menantu pilihan ibu anda? Anda memang telah sedia maklum bukan bahawa isteri anda itu, sebelum anda mengambilnya sebagai isteri, dia memang bukan pilihan ibu anda. Justeru, kenapa masih ingin mengahwininya? Percubaan? Dengan harapan ibu akan menerima? Jika anda bersedia untuk mencuba, kenapa tidak mencuba hingga usaha anda berhasil? Maksud saya, teruskan dengan perkahwinan anda, bukan mencuba sekadar tiga empat bulan atau setahun dua sahaja.

Jika ibu anda enggan menerima isteri atau suami pilihan anda, pertimbangkan dengan wajar, kenapa ibu anda enggan menerima? Jika hanya kerana pilihan anda tidak berharta, kurang cantik paras rupa, anda berhak tidak mendengar kata-kata ibu anda. Anda berhak mempertahankan pilihan hati dan perkahwinan anda. Bukan hanya mengikut kata seperti kerbau ditarik hidungnya. Walau ibu lebih dulu rasa masinnya garam dan manisnya gula, tidak semua pendapat dan kata-kata ibu itu benar dan boleh diguna.

Saya bukan mengajar anda menjadi anak derhaka. Anda juga harus faham apa definisi sebenar istilah derhaka. Malah, anda perlu fikirkan untuk tidak derhaka sejak anda bersedia menerima si dia menjadi pasangan hidup anda. Bukan setelah anda menerima dirinya menjadi sebahagian daripada hidup anda. Bukan setelah madunya anda sedut sepuas-puasnya. Bukan setelah kasihnya melimpah ruah untuk anda. Apabila anda mengucap janji untuk menerima si dia sebagai pasangan anda yang sah maka anda perlu menunaikan segala janji yang pernah anda ucapkan sebelum ini. Sebagai suami, anda perlu menjaga kebajikan isteri dan anak-anak yang bakal lahir nanti. Tak kira apa juga halangan yang mendatang, anda perlu pertahankan isteri dan perkahwinan anda. Jika ibu anda memarahi, anda sewajarnya bersedia menerima kemarahannya kerana anda patut tahu, memang ibu anda akan marah kerana anda telah melakukan sesuatu di luar kehendak dan pengetahuannya.

Bersedia dimarahi bukan bererti anda perlu mengikut kehendak ibu supaya menceraikan isteri anda tetapi anda perlu memujuk ibu anda agar menerima pilihan hati anda. Memang bukan mudah. Tak cukup sekali dua pujukan atau rayuan. Yang penting, anda perlu berusaha dan berdoa. Didik isteri anda agar menghormati ibu anda walaupun ibu anda membencinya. Batu yang keras tetap berjaya dilekuk oleh titisan air, inikan pula hati manusia. Yang penting, anda ada keinginan untuk melakukannya. Paling penting, jika kasih anda ikhlas maka anda akan bersedia mempertahankannya. Jika tidak, anda bukan memilih untuk tidak derhaka, tetapi anda adalah seorang yang dayus dan derhaka.

Petikan di ambil atas kebangkitan isu Aidil dan Rita

Thursday, December 18, 2008

New Hang Out Place

A new Shopping mall has arrived, situated in AU2 Keramat.



Situated opposite of the Sports Complex, the landscape was breathtaking for a very confine space. As shown on above, it is ideally built for communities to enjoy their evenings with a surrounding-ala-park.

The complex is built with an L shape design, and the building is divided by air cond and open air sections. The majority air conditioned area is covered by its anchor tenant, JUSCO. One can be fooled by JUSCO's layout, as it is not as cliche as other JUSCO outlets, but it is similar to Carrefour. JUSCO outlet covers the top and ground levels, and at the heart of the building.


The two pictures on the right represents the open air section. No matter how it was designed, I personally felt that the humid environment will loom over customers, hence looking for air cond. I have yet to figure out why the engineers decided to design the building this way. And to make it more senseless in having an open air building, the whole area is governed as a non-smoking zone. Too bad, as at least you'll have a large chunk of hubbies or bfs that will wait their partners, while puffing out here


Well, here's the best part. We've decided to snap as much as possible the abundant of foods and delicacies served here. At least, now I wouldn't have to think hard on where to eat, "Jom kita gi makan kat belakang rumah aje.."




So, let's go to AU2 JUSCO, let's makan makan

Kata Lelaki: "Wanita Itu Lemah"

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan


Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak


Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu


Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat


Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan


Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan


Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....

Sunday, December 14, 2008

Taiping Trip

Keluargaku telah menghadirkan diri ke Taiping untuk majlis perkahwinan saudaraku. Di sini saya sertakan sekali gambar gambar ketika mengadakan lawatan ke pekan.

Jalanraya Taiping dilihat telah diturap menggunakan bata. Tidak terdapat kesesakan jalan raya di bandar itu.

Pemandangan indah ini amat memikat hati penulis. Kelihatan Bukit Larut dari tengah tengah bandar. Bukit Larut merupakan kawasan tadahan paling lembap di Malaysia. Itu saja maklumat yang penulis ingat.

Gambar keluarga penulis sedang berjalan jalan mencari santap. Yang bertongkat itu adalah bapaku, yang bakal akan melanggar pantangnya sebentar lagi dengan menikmati semua makanan yang terhidang.

Gambar ini diambil kerana mirip seperti seseorang yang saya rindu ketika itu. Itu saja yang saya mampu perkatakan.

Ini adalah Popia kegemaran ibuku. Popia ini memang sedap. Cuba perhatikan inti popia ini. Susah untuk kita peroleh inti popia yang begitu padat seperti ini di KL.

Ini pula adalah pasembor kegemaran ayahku (sebenarnya dia suka rojak, tapi bagiku tidak ada beza pun!). Memang sedap, memang lazat. Pastikan menikmatinya sekiranya anda singgah di Taping

Gambar gambar di bawah merujuk kepada gerai gerai yang berkenaan




gambar ini pula merupakan buah mengkudu a.k.a. Noni. Hahaha.. Mungkin sebab itulah gambar ini diletak di dalam paparan kali ini

Friday, December 12, 2008

Di Sini sahaja Aku Pandai Berluah

Ntah kenapa aku tak pasti kenapa aku dijadikan begini. Mungkin sebab telinga aku mampu untuk mendengar luahan perasaan orang. Atau mungkin pendapat aku boleh diterima pakai. Tiap kali masalah menjelma, pasti akan datang untuk menjadikan aku sebagai tempat mengadu. Tak kira siapa, tak kira mana, tak kira bila.

Di sebalik semua itu, aku masih tidak pandai untuk mencurahkan masalah aku kepada orang lain. Mungkin hanya segelintir daripada kamu sahaja yang aku boleh harap, atau mungkin kebanyakan kamu telah gagal dalam trustworthy. Oleh sebab demikian, kadang kadang aku jadi dungu bila masalah menjelma.

Mujur sudah lama masalah kepada ku tidak hadir, and (touch wood) I hope it'll not come very soon. Yang pasti, ada antara kamu sedang berhadapan dengan konflik persendirian yang bakal menggegarkan dunia individu tersebut. Aku berharap dunia baru untuk kamu, kerana dunia lama itu terlalu onar dengan dusta dan nista dari beliau.

Oh, aku lupa, konflik dalaman sesama kita masih tiada penyelesaian. Can someone find the solution to our problem please?!! Kita sebenarnya yang semakin busuk dan semakin jijik dengan kata kata nista yang dilontar. Cacian dan hamun semakin lama semakin lantang, seakan akan sudah tertagih untuk melakukannya. Aku juga tidak terkecuali, dan aku rasa aku semakin muak dengan semua ini. Diharapkan agar semuanya akan kembali tenang seperti sediakala.

Jemputan futsal hari esok tidak dapat ku penuhi. Aku menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang saudara. Akan aku bawa diri ke Darul Ridzuan. Moga moga ketiadaan aku, tidak ada insiden menarik akan berlaku di gelanggang. Kalau ada, aku terlepas untuk menyaksikannya.

Wednesday, December 10, 2008

Prosperous




It's the time of the year again, where people like me will go ga ga over it. The thought of chewing the tender beef, while drops of black pepper sauce dripping out of your lips, makes it wonderous and a pleasure that was sorely missed. To all out there, the Prosperity burgerTM is back.
To the people out of Malaysia, you just missed the time of your life...

Friday, December 5, 2008

makan makan





Sebab desakan oleh Miru untuk menonton Bolt, maka aku telah diheret ke OU oleh Nunni. Alang alang dah sampai sana, pasti kami tidak akan melepaskan peluang untuk menjamah kedai terbaru kegilaan kami;



BBQ Chicken terletak di Tingkat G, Sayap Baru One Utama (kalau turun escalator kat Kluang Station tu, terus aje sampai hujung. Di situ juga kelihatan beberapa kedai kedai baru yang bakal dicuba). Ini merupakan kunjungan kedua kami ke situ. Oleh kerana itu, saya akan mencuba ayam gorengnya pula, atas saranan Emilia Faizura.

Ini merupakan ayam goreng yang dinyatakan. Keunikan BBQ Chicken terletak pada minyak masaknya. Mereka menggunakan minyak masak "olive oil" atau minyak zaitun yang dikatakan lebih berkhasiat. Tidak dapat disahihkan kebenaran kenyataan itu terhadap masakan di sebelah, tetapi setiap suapan dilakukan, pasti akan rasa kesedapan dan keenakannya. Ayam goreng ini disajikan berserta dengan chicken strips, semangkuk salad (tak sempat bergambar, dah makan), kentang goreng dan coleslaw. Turut disertakan adalah minuman ringan. Yang pasti, ayam goreng ini lebih enak dari ayam goreng di kebanyakan restoran ringan lain


Ini pula adalah Chicken Strips. Perhatikan ayam ini diselimuti oleh mustard sos yang boleh tahan sedap. Mustard sos dalam mangkuk itu adalah atas permintaan. Tiada bayaran dikenakan permintaan. Strips nya amat lembut dan sangat panas! Ini mungkin untuk membuktikan bahawa setiap sajian terhidang datang terus dari dapur, dan bukan dah pre- cook seperti kebanyakan tempat lain.

Kami telah dilayan oleh seorang jurulayan yang sangat comel bernama Zur'Ain. Harap maaf, tiada gambar untuk dipaparkan tentang perihal kecomelan beliau. Untuk membongkar misteri kecomelan beliau, sila hadirkan diri anda ke restoran tersebut






Ini pula makanan yang telah dipesan oleh Nunni, Charboiled Chicken Sandwich. Amaran, kepada yang pertam kali memesan ini, dinasihat kan agar mencari rakan kongsi perut. Saiznya agak besar, sehinggakan boleh dibungkus pulang. Sajian ini disertakan sekali dengan kentang goreng dan coleslaw. Inti ayam nya telah dipanggang manis, seperti ayam BBQ yang kita boleh peroleh di beberapa kedai nasi ayam. Amat sedap dan lazat, dan confirm anda ingin menikmatinya buat kali kedua.










Gambar model sendang bersantap di BBQ Chicken. Riak wajahnya jelas menunjukkan kesedapan dan keenakan yang dikecapi di restoran ini. Oleh yang demikian, sekiranya anda berada di OU,panjang - panjangkanlah kaki anda ke Restoran BBQ Chicken

Thursday, December 4, 2008

Mechaphiles



I've never thought that man's affection towards a car will lead to this ante. This is just too much for me.

apa kejadah manusia zaman sekarang ini??!!!

Rasa Kurang Enak

Kenapa aku harus berdiam diri melihat gelagat mereka yang semakin hari semakin menjengkelkan perasaan ku?

Tidakkah kau sedar bahawa setiap langkah yang kau corak, setiap pergerakan yang kau ambil, amat tidak dapat diterima akal oleh golongan sekeliling?

Berapa lamakah lagi harus kami bertahan dengan sikap mu yang hanya mementingkan diri sendiri, tanpa memperdulikan cacian cacian kecil di belakang jasad mu?

Hanya kerana desibel yang tinggi, sanggup kau melontar amarah tanpa silu
Hanya kerana lampu yang tidak ternyala, sanggup kau mempertaruhkan nyawa untuk menegak keadilan
Hanya kerana kurang rasi, sanggup kau merosakkan ritma tarian
Hanya kerana peluang terbuka, sanggup kau mempergunakan kesempatan setiap kali ia terbentang
Hanya kerana berdiam diri, sanggup kau berpaling arah sambil mengendahkan tanggungjawab mu

Aku hanyalah insan yang tergolong di kalangan tertindas
Tetapi dalam diam kami menjadi semakin rakus
Mencari peluang melawan badai
Menunggu tika untuk beradu
Andai kata ruas berkata
Akan ku simpan tidak diguna
Kerana penyelesaian yang mudah
Hanya mengungkit luka lama

Jangan sampai tanjung usang
Menyelimuti hari hari akan datang
Kerana aku tahu
Masih ada peluang untuk kembali ke bumi nyata

luahan perasaan atas dasar kekecewaan terhadap situasi yang semakin menular

Wednesday, December 3, 2008

Terbengkalai

Aku masih gagal untuk mengecapi nikmat di dalam apa apa perkara. Yang pasti, kali ini aku mahu cuba untuk merealisasikan perkara perkara yg belum terlunas. Masih ada 29 hari untuk melaksanakan semuanya. Dapat dirasakan jiwa dihimpit dari setiap sudut, dan semakin lama semakin hampir ke penghujung masa. Aku takut aku sekali lagi gagal untuk memenuhi kehendak semua.

Aku masih gagal untuk menjadi seorang yang teguh.

Aku masih tidak mampu untuk berdiri seorang diri.

Aku masih lemah dengan semua dugaan.