Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Wednesday, February 11, 2009

Alhamdulillah.. Al - Fatihah..

Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan kebesaran nikmatNya sahabatku Armi dan isteri Nurill telah berjaya melahirkan seorang insan ke muka bumi ini pada jam 1:59 p.m. 10hb Februari 2009. Kehadiran insan seberat 6.6 paun ini amat bermakna kepada mereka berdua kerana ini merupakan Putera sulung, malah juga cucu sulung kepada kedua belah pihak keluarga. Kunjungan ku ke rumah rawat ditemani bersama rakan rakan lain. Setibanya kami di sana, kelihatan Ibu sedang memangku Puteranya yang nyenyak tidur di atas peha. Sungguh sihat kedua ibu dan anak. Zahanor hanya memandang cemburu kepada si anak kecil kerana beliau tidak dapat tidur petang seperti beliau. Sesekali, bayi itu membuat bibir prune ala ala Auntie Phie nya. Harap maaf, segala gambar Putera ini hanyalah hak ekslusif Bapanya. Kita tunggu sahaja dahulu.

Al - Fatihah...
Di sebalik sinar baru yang lahir ke muka bumi ini, aku menerima berita sedih tentang pemergian salah seorang saudara kepada sahabatku, Zul Fariq. Cukup sekadar saya katakan bahawa pemergian beliau amat disedihi oleh Zul. Untuk pertama kali, dapat ku dengar tangisan orang tua, kesedihan setelah kehilangan saudara sepermainannya satu ketika dahulu. Semoga pemergiannya akan dicucuri rahmat, InsyaAllah..

Friday, February 6, 2009

S 63


Kawan kawan ku, di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu kereta yang memasuki workshop saya. Ianya merupakan sebuah kereta Mercedes Benz model S 63. Kehebatan jentera ini terletak di kekuatan enjin nya (V8 630cc) yang berkuasa kuda 570. Sungguh hebat!

Pernahkah anda terdengar tentang perihal AMG? ya, ia merupakan authorized tuner untuk kereta Merc. Pernahkah anda melihat sebuah enjin AMG yang tulen? Di bawah dilampirkan gambar enjin AMG tulen
Ini merupakan enjin AMG V8 yang tulen. Perhatikan di bahagian tengah enjin itu, terdapat sebuah plat besi. Plat ini telah ditandatangani sendiri oleh jurutera yang memasang enjin ini. Satu jurutera hanya boleh memasang beberapa enjin sahaja setahun (handcrafted) demi menjaga mutu dan kualiti.
Ini merupakan plat yang dikatakan. Tidak dapat pula saya meneka nama jurutera yang menandatangani enjin ini, kerana tandatangannya sukar untuk dinilai.

Ini pula merupakan brake calliper tayar hadapan. Pencengkam ini merupakan alat ganti tulen dari AMG. Brek depan jentera ini memerlukan 4 brake pad untuk satu tayar, berbanding dengan jentera MYvi saya yang hanya memerlukan 2. Kos untuk menukar brake pad AMG hampir sama dengan makan seafood untuk 20 orang di Port Klang.
Gambaran dari jauh tayar hadapan

Gambaran dari jauh tayar belakang

Itu saja coretan saya buat kali ini. Di harap coretan ini dapat membantu sesiapa yang memerlukan.

Tuesday, January 20, 2009

Kepala Babi di Surau A.P.I. Universiti Malaya


Kuala Lumpur , 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.



Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam. “Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam). Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.



Selain itu, Presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus. “Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respons panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan komputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya. Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.

Bahang pilihanraya kampus Universiti Malaya semakin hangat. Kehangatan yang dirasai bukan hanya kepada mahasiswa bahkan juga Umat Islam yang mana Istitusi mulia umat Islam iaitu masjid, dihina. Kepala Babi dibelah dua dan diletakkan di dalam Masjid Akademi Pengajian Islam. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.00 pagi yang mana disedari oleh dua orang mahasiswa Universiti Malaya. Tindakan telah diambil oleh pihakKeselamatan Uiniversiti Malaya dan juga pihak berkuasa Polis berhubung dengan kejadian yang menghina institusi Umat Islam tersebut. Kejadian ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di dalam Universiti Malaya.

petikan diambil dari rantaian email yang telah diterima dari seorang hamba Allah

Friday, December 19, 2008

Derhaka vs Dayus

Petikan diambil dari http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/2008/10/antara-dayus-dan-derhaka.html

30 April bakal menjelang. Seorang wanita bakal meraikan ulangtahun perkahwinan pertamanya pada tarikh tersebut. Malangnya, belum sempat ulangtahun diraikan, hak beliau sebagai isteri telah diragut oleh ibu mertuanya sendiri ketika perkahwinannya baru mencecah 10 bulan. Lebih malang lagi, si suami yang diharapkan sebagai pelindung diri turut mengambil peranan memudahkan lagi kerja-kerja keji si ibu. Ini bukan kes pertama. Telah acap kali saya berhadapan dengan kes-kes sebegini. Ada satu kes, inai masih merah di jari, si isteri menemui saya bagi menentang tuntutan cerai si suami. Malah, kes pertama yang saya kendalikan ketika mula menjejak bidang guaman ini ialah kes menentang perceraian daripada seorang suami terhadap isteri. Satu persamaan di dalam kes-kes ini: punca perceraian ialah kerana desakan ibu suami yang tidak suka dengan isteri pilihan si anak.

Kalau kau aku dah benci, keturunan kau pun aku tak sudi…. Saya yakin, ramai yang tahu dengan ayat ini. Inilah ayat yang dilafazkan oleh Nyonya Mansor, ibu mertua kepada Kassim Selamat. Semua orang kenal Nyonya Mansor di dalam cerita P.Ramlee itu tetapi ramai yang tidak tahu, sudah ada ibu di era globalisasi ini yang lebih berani dan lebih kejam daripada Nyonya Mansor. Nyonya Mansor menggunakan muslihat untuk memisahkan anaknya dengan menantu yang tidak disukai. Sekarang ini, sudah ada ibu yang secara terang-terangan memaksa si anak menceraikan menantu yang tidak memenuhi kehendak hati. Si anak pula dengan rela hati menceraikan si isteri, yang sebelumnya dijanjikan akan dijadikan suri seumur hidup, yang pernah dijanjikan juga akan dibahagiakan hidupnya hingga ke akhir hayat. Bila terpaksa memenuhi kehendak si ibu, si suami mula menggunakan alasan, konon tak nak jadi anak derhaka, sedangkan kebanyakan kes, perkahwinan adalah di luar pengetahuan si ibu. Konon, kalau ibu tau, dia takkan izinkan jadi tak perlah kawin dulu tanpa pengetahuan ibu, nanti lambat laun si ibu akan terima perkahwinan tersebut.

Akhirnya, bukan si ibu terima tetapi seperti kisah wanita yang tak sempat merayakan ulangtahun perkahwinan pertamanya tadilah. Yang tanggung derita, adalah si isteri, wanita yang telah meletakkan sebuah harapan penuh kasih dan sayang tetapi berkecai sebelum sempat panas punggung perkahwinan. Saya faham dan tahu, itu semua ketentuan takdir. Persoalannya, jika enggan jadi anak derhaka, kenapa tak fikir semua itu sebelum perkahwinan? Sedarlah, anda tetap jadi anak DERHAKA ketika mengambil keputusan berkahwin tanpa pengetahuan ibu dan bila anda menceraikan isteri anda dengan arahan ibu, anda telah menerima satu anugerah khas iaitu DAYUS. Anda sekarang adalah anak derhaka dan suami yang dayus!!!

Kenapa anda masih derhaka? Kerana anda telah melukakan hati ibu anda walau akhirnya anda menunaikan kehendaknya dengan menceraikan isteri anda. Kenapa anda dayus? Kerana anda gagal memegang peranan dan tanggung jawab anda sebagai seorang suami. Apa salah isteri anda? Apa dosa isteri anda hingga anda perlu menceraikannya seperti kehendak ibu anda? Semata-mata isteri anda bukan menantu pilihan ibu anda? Anda memang telah sedia maklum bukan bahawa isteri anda itu, sebelum anda mengambilnya sebagai isteri, dia memang bukan pilihan ibu anda. Justeru, kenapa masih ingin mengahwininya? Percubaan? Dengan harapan ibu akan menerima? Jika anda bersedia untuk mencuba, kenapa tidak mencuba hingga usaha anda berhasil? Maksud saya, teruskan dengan perkahwinan anda, bukan mencuba sekadar tiga empat bulan atau setahun dua sahaja.

Jika ibu anda enggan menerima isteri atau suami pilihan anda, pertimbangkan dengan wajar, kenapa ibu anda enggan menerima? Jika hanya kerana pilihan anda tidak berharta, kurang cantik paras rupa, anda berhak tidak mendengar kata-kata ibu anda. Anda berhak mempertahankan pilihan hati dan perkahwinan anda. Bukan hanya mengikut kata seperti kerbau ditarik hidungnya. Walau ibu lebih dulu rasa masinnya garam dan manisnya gula, tidak semua pendapat dan kata-kata ibu itu benar dan boleh diguna.

Saya bukan mengajar anda menjadi anak derhaka. Anda juga harus faham apa definisi sebenar istilah derhaka. Malah, anda perlu fikirkan untuk tidak derhaka sejak anda bersedia menerima si dia menjadi pasangan hidup anda. Bukan setelah anda menerima dirinya menjadi sebahagian daripada hidup anda. Bukan setelah madunya anda sedut sepuas-puasnya. Bukan setelah kasihnya melimpah ruah untuk anda. Apabila anda mengucap janji untuk menerima si dia sebagai pasangan anda yang sah maka anda perlu menunaikan segala janji yang pernah anda ucapkan sebelum ini. Sebagai suami, anda perlu menjaga kebajikan isteri dan anak-anak yang bakal lahir nanti. Tak kira apa juga halangan yang mendatang, anda perlu pertahankan isteri dan perkahwinan anda. Jika ibu anda memarahi, anda sewajarnya bersedia menerima kemarahannya kerana anda patut tahu, memang ibu anda akan marah kerana anda telah melakukan sesuatu di luar kehendak dan pengetahuannya.

Bersedia dimarahi bukan bererti anda perlu mengikut kehendak ibu supaya menceraikan isteri anda tetapi anda perlu memujuk ibu anda agar menerima pilihan hati anda. Memang bukan mudah. Tak cukup sekali dua pujukan atau rayuan. Yang penting, anda perlu berusaha dan berdoa. Didik isteri anda agar menghormati ibu anda walaupun ibu anda membencinya. Batu yang keras tetap berjaya dilekuk oleh titisan air, inikan pula hati manusia. Yang penting, anda ada keinginan untuk melakukannya. Paling penting, jika kasih anda ikhlas maka anda akan bersedia mempertahankannya. Jika tidak, anda bukan memilih untuk tidak derhaka, tetapi anda adalah seorang yang dayus dan derhaka.

Petikan di ambil atas kebangkitan isu Aidil dan Rita