Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan kebesaran nikmatNya sahabatku Armi dan isteri Nurill telah berjaya melahirkan seorang insan ke muka bumi ini pada jam 1:59 p.m. 10hb Februari 2009. Kehadiran insan seberat 6.6 paun ini amat bermakna kepada mereka berdua kerana ini merupakan Putera sulung, malah juga cucu sulung kepada kedua belah pihak keluarga. Kunjungan ku ke rumah rawat ditemani bersama rakan rakan lain. Setibanya kami di sana, kelihatan Ibu sedang memangku Puteranya yang nyenyak tidur di atas peha. Sungguh sihat kedua ibu dan anak. Zahanor hanya memandang cemburu kepada si anak kecil kerana beliau tidak dapat tidur petang seperti beliau. Sesekali, bayi itu membuat bibir prune ala ala Auntie Phie nya. Harap maaf, segala gambar Putera ini hanyalah hak ekslusif Bapanya. Kita tunggu sahaja dahulu.
Al - Fatihah...
Di sebalik sinar baru yang lahir ke muka bumi ini, aku menerima berita sedih tentang pemergian salah seorang saudara kepada sahabatku, Zul Fariq. Cukup sekadar saya katakan bahawa pemergian beliau amat disedihi oleh Zul. Untuk pertama kali, dapat ku dengar tangisan orang tua, kesedihan setelah kehilangan saudara sepermainannya satu ketika dahulu. Semoga pemergiannya akan dicucuri rahmat, InsyaAllah..

6 comments:
asal tak ajak aku gi wei?
tanya Once dan gengnya. aku tag along aje
tadikan i ada publish satu album from my trip to the hosp, baca ur entry, i terus privatekan.. armi ada pesan eh? tapi betullah kan.. i lak yg excited letak dulu gambar anak die.. huhu..
takziah to keluarga zul (xul?)
ahahha.. die x cakap apa apa, tapi i rase biarlah dia yang publish the pics, kira mcm angelina jolie and brat pitt! exclusive rights.. i guess so..
and yeah..it's our very own xul the ol' man..
kasi authorize lah ms. malissa..
ape ah buat blog private.
Post a Comment