
Ini merupakan gambar Jamis ku setelah dicabut cabut dan disumbat ke dalam kereta. Aku masih lagi tidak biasa dengan kerja ini, maka aku telah memohon pertolongan Bibi' untuk membantu aku memasukkannya. Kelihatan juga kasut yang aku guna untuk aktiviti kayuhan. Selain mengayuh, kasut itu juga aku gunakan untuk main takraw. Mungkin satu hari nanti aku beli kasut yang lebih sesuai, tapi buat masa ini, belasah aja lah!




Kami memulakan kayuhan dari depan Palace of Justice, terus menuju ke arah PICC. Dari situ, kami mendaki bukit mengelilingi PICC, kemudian turun semula menuju ke arah jambatan yang tak tahu yang mana. Aku baru sedar di sana terdapat terlalu banyak jambatan.
Kayuhan diteruskan menuju ke bulatan besar Putrajaya. Kaki ku sudah mula keletihan. Tidak mengapa, "No Pain, No Gain" kata Mat Saleh. Ya lah tu! Sesampai di bulatan, Boss mengambil jalan yang menaiki ke pintu utama Istana. Perjalanan ini akan mendaki bukit yang tidak berapa curam. Inilah pertama kali aku akan mengayuh bukit. Aku nekad, walau apa pun terjadi, aku tak akan berhenti mengayuh hingga ke puncak. Ketika kayuh naik bukit, mata aku hanya tertumpu ke arah paddle. Gear dah masuk yang paling ringan sekali. Tak sanggup nak melihat ke hadapan, nak tengok berapa jauh lagi. Kept sudah terlalak lalak dari hadapan, "Jangan Give up Amad! boleh lagi ni, jangan give up!" No I will not.
Boss datang ke sisi ku. Dia suruh aku shift ke gear berat. "Pakai crank besar, beratkan sikit kayuhan. Then shift your body weights to the front. Kau akan rasa semua tangan, bahu dan kaki kau bekerja, tapi kayuhan akan jadi lebih senang dan lebih laju" bingkasnya kepada aku.
Memang betul. Setelah mengambil nasihat beliau, kayuhan menjadi lebih mudah. Walaupun kayuhan lebih perlahan, tapi perginya lebih baik dari kayuhan aku sebelum itu.
Sampai di atas, rasa penat tiba tiba hilang kerana kami dapat melihat keindahan Putrajaya. Tak sempat nak ambil gambar di atas sana, kerana bimbang Pengawal Istana mungkin akan tembak kami. Baik turun cepat. Turun bukit merupakan nikmt berbasikal yang tak mampu nak ditulis. Orang naik basikal sahaja yang tahu. Turun bawah, boleh lah belajar layan selekoh, layan lap. Syok siout!

4 comments:
kena langga motokar ke mad?
fdhil nya ngkara
mcm professional...
satu je takde..mane helmet weyhhh??safety first ok!
hehe..sorry, boss aku ajar tak payah pakai helmet kalu kayuh relax. bile aku bole kayuh sama hubby ko? ak bercadang nak kayuh area Ara tu, kawasan cam baru and x pernah explore lagi.. so bolehlah tunjuk jalan ya!
Post a Comment