Friday, December 5, 2008

makan makan





Sebab desakan oleh Miru untuk menonton Bolt, maka aku telah diheret ke OU oleh Nunni. Alang alang dah sampai sana, pasti kami tidak akan melepaskan peluang untuk menjamah kedai terbaru kegilaan kami;



BBQ Chicken terletak di Tingkat G, Sayap Baru One Utama (kalau turun escalator kat Kluang Station tu, terus aje sampai hujung. Di situ juga kelihatan beberapa kedai kedai baru yang bakal dicuba). Ini merupakan kunjungan kedua kami ke situ. Oleh kerana itu, saya akan mencuba ayam gorengnya pula, atas saranan Emilia Faizura.

Ini merupakan ayam goreng yang dinyatakan. Keunikan BBQ Chicken terletak pada minyak masaknya. Mereka menggunakan minyak masak "olive oil" atau minyak zaitun yang dikatakan lebih berkhasiat. Tidak dapat disahihkan kebenaran kenyataan itu terhadap masakan di sebelah, tetapi setiap suapan dilakukan, pasti akan rasa kesedapan dan keenakannya. Ayam goreng ini disajikan berserta dengan chicken strips, semangkuk salad (tak sempat bergambar, dah makan), kentang goreng dan coleslaw. Turut disertakan adalah minuman ringan. Yang pasti, ayam goreng ini lebih enak dari ayam goreng di kebanyakan restoran ringan lain


Ini pula adalah Chicken Strips. Perhatikan ayam ini diselimuti oleh mustard sos yang boleh tahan sedap. Mustard sos dalam mangkuk itu adalah atas permintaan. Tiada bayaran dikenakan permintaan. Strips nya amat lembut dan sangat panas! Ini mungkin untuk membuktikan bahawa setiap sajian terhidang datang terus dari dapur, dan bukan dah pre- cook seperti kebanyakan tempat lain.

Kami telah dilayan oleh seorang jurulayan yang sangat comel bernama Zur'Ain. Harap maaf, tiada gambar untuk dipaparkan tentang perihal kecomelan beliau. Untuk membongkar misteri kecomelan beliau, sila hadirkan diri anda ke restoran tersebut






Ini pula makanan yang telah dipesan oleh Nunni, Charboiled Chicken Sandwich. Amaran, kepada yang pertam kali memesan ini, dinasihat kan agar mencari rakan kongsi perut. Saiznya agak besar, sehinggakan boleh dibungkus pulang. Sajian ini disertakan sekali dengan kentang goreng dan coleslaw. Inti ayam nya telah dipanggang manis, seperti ayam BBQ yang kita boleh peroleh di beberapa kedai nasi ayam. Amat sedap dan lazat, dan confirm anda ingin menikmatinya buat kali kedua.










Gambar model sendang bersantap di BBQ Chicken. Riak wajahnya jelas menunjukkan kesedapan dan keenakan yang dikecapi di restoran ini. Oleh yang demikian, sekiranya anda berada di OU,panjang - panjangkanlah kaki anda ke Restoran BBQ Chicken

No comments: