Tuesday, July 14, 2009

FiAT

Baju yang menjadi isu


Pagi ini aku mengayuh ke pejabat. Dah agak lama aku tidak lakukan akitiviti ini. Takpe, memandangkan hari itu aku dah start balik mengayuh, maka aku pon kayuh ke ofis.

Sampai di ofis, seperti biasa aku akan terus mencapai milo ais dari kantin. Sesudah itu, aku pun menuju ke restroom untuk tukar baju dan mandi.

Sewaktu sedang duduk kemalasan di restroom, adalah seorang ofis mate masuk.

"Aiyo amad! apa macam u duduk itu macam! waktu u duduk saya sudah takda nampak huruf "i" di baju u..hahahah!" katanya kepada aku.

Uh oh, bahaya tu, kalau tak nampak huruf "i", maka baju aku akan mengatakan yang aku FAT. tak boleh jadi ni..

" Takpelah Bob, kalu lu takda nampak, nanti dua minggu lagi saya mari pakai ini baju, kasi u tak nampak huruf 'A' aje.. ok" balas aku.

Huhuhu..berjayakah aku? Pompang aje lebih ni!!!

2 comments:

MOMMAHOLICSERIES said...

Baju itu sungguh familiar :)

AskAmad said...

ya.. mmg sgt familiar. siapakah wanita jelita yg mengembara hingga ke hujung dunia untuk membelikan aku baju ini? :)