Lampu depan dan lampu belakang
Menatang ni aku beli sewaktu mula mula dapat basikal. Aku dah buat kajian tentang corak kayuhan aku, amalan yang akan aku buat, dan aspek keselamatan. Maka dengan itu aku yakinkan diri untuk beli kedua dua lampu ini.
Setelah menggunakannya, aku dapati lampu belakang lebih banyak menyumbangkan jasa. Bukan apa, tapi tiap kayuhan subuh dan malam, lampu merah itu akan ku pastikan berkelip agar orang yang memandang aku dari belakang tidak akan meng'checkout' bontot aku yang kembang ini, tetapi memastikan kewujudan aku di tepi jalan yang sama sama kongsi ini. Ia juga untuk memastikan agar anjing anjing yang bersiar siar akan lebih tertarik kepada aku, sekaligus menyeksa aku untuk kayuh lebih laju agar tidak dikejar.
Lampu depan aku gunakan hanya apabila kayuhan malam, itu pun sewaktu jalan gelap atau jalan yang banyak simpang. Kalau kayuh atas jalan besar, takde pekdah aku on lampu tu, bukannya ada effect. Ada affect kat pemandu arah bertentangan adalah, SILAU! Kegunaan lain lampu depan ni ialah bila blackout, ia boleh ditukar menjadi lampu picit. Picit sekali untuk suluh, picit lagi sekali untuk jadikan lampu disco (Azalea dan Danish sukalah!).
Meter kelajuan
Meter ini aku pasang juga waktu mula mula beli basikal. Benda ni aku sayang. Setelah banyak kali repair, pomen, dan membegakannya, ia tetap menjalankan fungsinya. Meter ini memberikan aku segala maklumat kayuhan yang aku perlukan; kelajuan, jarak kayuhan, kelajuan maksima, kelajuan purata, masa dan lain lain. Alhamdulillah, hingga takat penulisan ini, kayuhan aku dah mencapai 452km. Jauh gak beb gua kayuh!
Topi keledar
Topi ini aku dapat percuma waktu beli basikal. Rupanya tak seperti topi basikal yang lain, kerana aku kurang gemar yang itu. Warna yang aku pilih pula gelap, sesuai untuk orang malas nak basuh selalu.
Kat belakang topi tu pelekat blog buih, iklan percuma buat member aku. Bagi can lah kat dia, waktu dia tengah galak nak sambut anniversary blog dia, aku layan aje!
Topi keledar amat amatlah penting sewaktu kayuhan. Kalau gambar gambar sebelum ini kelihatan aku tak pakai helmet, waktu tu safety awareness aku cetek. Sekarang ni, pergi Darus pun aku pakai. Otak nak pakai sampai tua beb!
Sarung kepala
Sarung kepala ini penting untuk elak peluh masuk mata. Selain itu, peluh akan diserap lalu mengelakkan dari topi keledar menjadi masam.
Orang kata, bila aku pakai sarung kepala ni, rupa aku jadi cam LL Cool J. Tak kisahlah, asalkan aku tahu siapa diri aku...
Seluar kayuh
Inilah alatan yang paling ralat sekali aku nak beli dan pakai pada mulanya. Seluar ini terlalu seksi untuk pemakaian. "Boy with his sexy tights!" kata kakak aku setiap kali aku menyarungkannya.
Nak tahu kenapa semua pengayuh kelihatan seksi ketika kayuh? Rahsianya terletak di bahagian span terletak di punggung. Ya, span ini penyelamat generasi kepada semua pengayuh sejagat. Ia membuatkan punggung lebih selesa ketika kayuhan, dan juga memastikan "anu" si pengayuh menerima minimum hentakan.
Dan kerana semua alasan di atas, aku tak ada pilihan selain memakai seluar ketat ini.. I LIKE!
Sarung tangan
Ini alatan yang dibeli lepas dah tergadah!
Sebulan berkayuh, aku dapat rasa kesakitan di tapak tangan. Ini semua kesan dari gegaran dan hentakan ke atas jalan raya. Kesan merah dapat dilihat dengan jelas. Atas nasihat beberapa rakan kayuh, aku disarankan untuk memakai sarung tangan.
sarung tangan "steng" dibeli di kedai Fook Sang. Ia berjenama VENZO. Dapat dilihat imej kepala harimau di atasnya. Aku sengaja beli yang ada kepala rimau ini, bertujuan untuk sentiasa beringat perihal tunangku di kala kayuh.
Kasut Kayuh
Kasut ini bukan untuk kayuh sebenarnya. Tapi hampir kebanyakan pengayuh mountain bike memakai kasut sedemikian perihal. Kasut Salomon ini sebenarnya kasut hiking. Perihal kasut ini telah ditulis di helaian yang lalu.
Kaca mata
Setelah beberapa kaca mata yang tak ori, maka ini merupakan kaca mata terbaru yang digunakan untuk kayuh. Memamg aku sengaja memilih yang tak tinted, yang tak gelap, kerana dengan lensa sebegini dapat aku gunakan tak kira waktu dan masa. Nak kayuh pagi, aku bole nampak, nak kayuh petang, silau dapat dilindung, nak kayuh malam, masih boleh nampak dengan terang.
Kaca mata sebenarnya bertujuan untuk mengelak mata dari dimasuki debu dan habuk. Cuba kayuh belakang bas, baru kau tahu kepentingan pakai alat perlindungan mata. Lagipun, stylo lah sikit bila kayuh! baru ada klas!
Inilah alatan alatan yang dibeli untuk aktiviti kayuhan. Lepas ni, aku nak tambah beg, seluar panjang dan beberapa alatan lagi.
Kemungkinan juga Deore XT bakal ditambah ke basikal ku.. Nantikan sahaja!!
4 comments:
amad, takde la bazirnya beli barang2 basikal nieh.. at least digunakan selalu dan ada juga faedahnya membeli mintang2 nieh ..
but nampak cam banyak gak aa spend .. huhu takpe, investment! :D
yeah..janji puas memakai! things yg mentioned tu are all necessary stuffs! hehe, benda2 yg merepek tak pulak i masukkan.. tu pon consumed alot!
hah kasut solomon?jom ikut aku hiking la weih!gerenti best
meter tu kat mana ada jual bro? tolong belikan 1 leh?
Post a Comment