Wednesday, March 25, 2009

Tabung Uji - Untuk Uji kesabaran aku



Waktu rehat tadi aku mengambil keputusan untuk tak nak makan. Aku nak buat sesuatu yang produktif. Di kala berjalan jalan di kawasan kerja, aku mendapat idea untuk membuat sendiri bahan yang paling aku perlukan..

SEBUAH TABUNG!

Aku tak mahu beli tabung babi atau tabung ayam, kerana ianya tidak akan membawa apa apa makna kepada perjuangan aku ketika ini.


Tabung yang aku buat ni tak lawa, diperbuat menggunakan tong minyak 1liter. Badannya telah dipendekkan untuk mudah disimpan di dalam kawasan terhad( aku boleh sorok dari orang nak curi!). Tong minyak pula digunakan kerana ini sahaja barang terpakai yang aku jumpa. Walaupun rupanya buruk, tapi praktikaliti nya tidak harus dipandang ringan. Ingat, ini tabung uji, tabung untuk menguji kesabaran dan ketabahan aku.

Ya, sudah beberapa hari aku tewas dalam perjuangan memerangi nikotin di dalam badan. Ianya lebih sukar dari yang dijangka. Aku hanya dapat bertahan selama 7 hari sebelum kantoi di tangan rokok.

Kali ini aku buat keputusan nak buat tabung. Tabung itu bertujuan untuk menggantikan semua mamak mamak di kedai runcit, semua kari 7-11 yang aku tewas tiap kali diorang goda aku suruh beli dunhill 20, semua model karimoi yang buat promosi rokok baru.


Tiap tiap hari aku akan bayar kat tabung itu RM10, bersamaan dengan harga sekotak 20. Kata orang, cara ini kurang efektif, lambat laun duit terkumpul itu kau akan guna untuk beli rokok juga.

Aku tak nak jadi begitu. Aku bertekad bila dah kumpul duit tu, nanti bolehlah aku beli rim basikal ke, kasut futsal baru ke, beli present untuk tunang ke. Yang aku pasti, bila aku tengok balik tabung ini lepas 30 hari (dengan syarat tiap tiap hari aku kena 'beli' rokok darinya), aku mesti saiko tengok berapa banyak duit yang telah habis.


Aku dah masukkan RM10 pertama dalam tabung botol minyak aku ni. Cukup 30 hari nanti, bolehlah aku raikan kejayaan dengan makan besar. Bakinya aku nak simpan buat modal nak kahwin..keh keh keh!

tanya aku balik lepas 30 hari, apa progres aku dalam projek tabung ni...

6 comments:

♥♥♥♥♥ Jennifer™® ♥♥♥♥♥ said...

your blog is good good good......

AskAmad said...

SAPA LAK PULAK NI?!!! SPAM! SPAM!

Unknown said...

amad! good job! :)

drEamLoVer said...

aja aja fighting! or duit tabung tu leh pakai utk belanja saye di msia :D

buih said...

ko jangan aa letak sepuloh ringgit pastu amik spuloh lain beli rokok jugak..

kalau camtu banyak gak duit dalam tabung tu.

and also.

jangan aa tabung tapi pau orang lak lepas tu.

AskAmad said...

ekekekek..dah tak pau dah...kecoh!