Monday, January 26, 2009

CNY weekend

Keluargaku telah mengambil keputusan untuk turun ke Melaka pada minggu Raya Cina. Ini kerana keluarga Luqman (tunang adikku) mengadakan majlis kenduri kahwin. Oleh yang demikian, maka selepas kerja pada hari Sabtu, aku telah memandu Myvi ku ke Melaka.

Alangkah terkejutnya aku kerana perjalanan ke Selatan teramat sesak! Ye lah, sebagai seorang yang tak pernah keluar dari Selangor di musim raya, aku ak pernah menyaksikan kesesakan lalu lintas di highway.

Perhatikan himpunan kenderaan sehingga ke hujung gambar ini. Tidak pernah aku pandu kereta sedahsyat ini.

Aku tak pasti, tapi mungkin bila aku kahwin dengan Nunni kelak, perjalanan balik berhari raya mungkin lagi dahsyat. Aku tak pasti, dan aku tak mahu nak tahu...

2 comments:

buih said...

aku dah cakap dah jangan.....

naik ah basikal lain kali....

sharkpitt said...

hehehee....kalau aku kawin aku kena balik "Paris"...hah lagi jauh tu!