Saturday, January 3, 2009

3 Peel

2009 hadir dengan berbagai warna. Di kala meniti saat tengah malam, dapat ku rasakan rasa suka dan duka bercampur. Apakah ini satu tanda yang bakal menyaksikan tahun yang penuh dengan cabaran?

Satu per satu peel manusia dapat ku saksikan. Ada yang bersuka, ada yang berduka. Ada yang sedang klimaks menikmati waktu pertemuan, dan ada juga yang tidak sabar untuk menemukan titik noktah satu perhubungan. Aku masih seperti dahulu, aku tidak berganjak ke tampuk yang lebih selesa, namun aku juga tidak lagi terjerumus ke kancah yang merah.Ke manakah arah tuju aku? Masih kabur kabur destinasi impian yang ingin dikecapi. Di saat ini aku ingin memperkatakan tentang 3 perihal insan yang ku kenali, dan antara mereka aku namakan, kasihi, sayangi dan sesali.

Kasihi,
Sesungguhnya tidak pernah berganjak pendirian aku tentang mu. Ku sesali keputusan mu untuk tidak mengharungi lagi badai ombak yang telah kau lalui. Telah kau buktikan yang kau mampu untuk melawan arus. Namun sayang sekali, kamu sudah tidak percaya tentang perjuangan kamu. Mungkin kerana masa yag dengki terhadapnya, atau mungkin cinta kamu beralih ke arah yang lebih produktif. Tapi jangan kamu lalai pada tanggungjawab kamu terhadap yang Esa, dan jangan kamu lalai ketika yang lain mengindahkan kamu. Untuk kali ketiga, kau bakal mengharungi keadaan yang kompleks. Telah ku katakan padamu, tidak terdetik untuk aku
membantah keputusan kamu. Berwaspadalah bila kau bermain dengan api.

sayangi,
Pada mulanya aku sangsi tentang keteguhan pendirian pada keputusan yang diambil. Namun setelah kau meluahkan apa yang terbuku di hati, dan setelah mengetahui apa yang kau lalui,
aku tahu amat payah untuk kamu mengecapi keputusan yang hakiki. Kamu mungkin boleh bertahan sepurnama dua, namun selepas itu pasti akan kamu tagih semula nikmat yang terhalang. Nasihat ku padamu, putuskan tali yang selami ini hanya membebani hidupmu. Jangan biarkan dirimu dipermain sedemikian cara, kerana kamu patut memperoleh nur yang lebih bagus dari yang sedia ada. Sepanjang kemurungan tempoh, aku akan ada di sisi mu untuk kau dambakan air mata, untuk kau curahkan isi hati, untuk kau kecpai ngilai tawa, untuk kau alami puas bersahabat.

Sesali,
Masih tidak berubah perihal kamu. Dulu lagi pernah kita bertangkas kerana sifat amarah. Sedekad berlalu, namun perihal itu masih terbuku di dalam dirimu. Mungkin untuk kali ini, kau dapat berfikir bahawa yang putih adalah benar, yang berwarna hanyalah peringatan. Bertapalah kau, dan fikir sejenak tentang siapa atau apa yang patut berubah. Jangan sampai titik noktah hubungan kita dek kerana kamu tidak dapat berfikir untuk ke arah kebahagiaan.

Aku memang manusia yang tidak sempurna. Namun, catatan ini milikku. Catatan ini diterbit di tas lembaranku. Maka isi hati ku ini adalah apa yang ku rasa, tidak ada siratan kerana aku mengejar keikhlasan.

Perasaan kamu bukan tanggungjawab aku. Perasaan kamu adalah milikmu. Perasaan aku adalah miliku.

No comments: