Friday, December 12, 2008

Di Sini sahaja Aku Pandai Berluah

Ntah kenapa aku tak pasti kenapa aku dijadikan begini. Mungkin sebab telinga aku mampu untuk mendengar luahan perasaan orang. Atau mungkin pendapat aku boleh diterima pakai. Tiap kali masalah menjelma, pasti akan datang untuk menjadikan aku sebagai tempat mengadu. Tak kira siapa, tak kira mana, tak kira bila.

Di sebalik semua itu, aku masih tidak pandai untuk mencurahkan masalah aku kepada orang lain. Mungkin hanya segelintir daripada kamu sahaja yang aku boleh harap, atau mungkin kebanyakan kamu telah gagal dalam trustworthy. Oleh sebab demikian, kadang kadang aku jadi dungu bila masalah menjelma.

Mujur sudah lama masalah kepada ku tidak hadir, and (touch wood) I hope it'll not come very soon. Yang pasti, ada antara kamu sedang berhadapan dengan konflik persendirian yang bakal menggegarkan dunia individu tersebut. Aku berharap dunia baru untuk kamu, kerana dunia lama itu terlalu onar dengan dusta dan nista dari beliau.

Oh, aku lupa, konflik dalaman sesama kita masih tiada penyelesaian. Can someone find the solution to our problem please?!! Kita sebenarnya yang semakin busuk dan semakin jijik dengan kata kata nista yang dilontar. Cacian dan hamun semakin lama semakin lantang, seakan akan sudah tertagih untuk melakukannya. Aku juga tidak terkecuali, dan aku rasa aku semakin muak dengan semua ini. Diharapkan agar semuanya akan kembali tenang seperti sediakala.

Jemputan futsal hari esok tidak dapat ku penuhi. Aku menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang saudara. Akan aku bawa diri ke Darul Ridzuan. Moga moga ketiadaan aku, tidak ada insiden menarik akan berlaku di gelanggang. Kalau ada, aku terlepas untuk menyaksikannya.

2 comments:

Sasha Sharifuddin said...

kau mmg tempat luahan perasaan yang standard...sbb ko kan datuk bandar...masalah rakyat kene dengar dowh!
heheh!

sharkpitt said...

aku syorkan tukar kepada tell amad insead of ask amad.sebb org suke meluahkan perasaan kat ko!muahahahaaaaaaaa