Selasa adalah malam futsal. Aku seperti biasa akan turun padang jika tiada aral melintang. Pada malam ini juga kebiasaannya adalah malam melawan team team lain. Ada team belang dan ada team Sha. Semua team hebat.
Pada malam Selasa yang lalu, Team Total turun dengan 5 orang aje. So, semua kena main sepenuh masa. Dan pada malam itu jugalah, dengan nasib yang agak malang, lutut aku sekali lagi menjadi mangsa lebam.
Ketika pemain lawan (Pawen) sedang cuba untuk meledakkan sepakan yang padu, aku dengan penuh berani (+ bangang) cuba melakukan gaya ala ala Macherano dengan menghalang sepakan itu. Tapi apakan daya, sepakan Pawen ternyata padu. Bola disepaknya sekuat hati, aku datang dan menadah kaki menghalang.. BOOOM! Sepakan dihalang. Di saat itu, aku dapat rasakan yang kaki kanan aku dah terlayang. Lutut aku pun dah terasa impak kesan dari halangan itu.
Huh, aku masih mampu berlari dan berjalan.. "Takde masalah kot lutut ni," kataku sendirian.
Selepas puas berhempas pulas, akhirnya habis juga perlawanan. Dah selesai, kami pergi minum. Setelah minum selama sejam, sudah tiba masa untuk pulang. Di situ lah segalanya bermula.
Aku dapati lutut kanan dah terasa bengkak. Nak bangun dari meja makan tadi dah terasa bisanya. Aku gagahkan juga untuk pulang. Setelah pulang, sebelum tidur, aku usap lutut aku dengan minyak panas. Aku lilit kan rantai Phiten di kelilingya.
Sesudah bangkit, lutut kanan ternyata tak dapat bengkok. MC lah jawapannya.
Dengan kudrat yang ada, aku pergi ke klinik. Doktor meyarankan agar aku kurangkan bermain futsal, atau kalau boleh, hentikan terus. Terkedu seketika aku dibuatnya.
Ternyata, kecederaan yang berlaku 4 tahun lepas masih belum pulih sepenuhnya. Kata kata doktor itu masih terngiang di dalam kepala..
Aku masih lagi memikirkan tentang nasihat yang diberi. Mungkin katanya benar. Kaki dan lutut ini aku nak guna sepanjang hayat. Kalau tak jaga, takut kecederaan yang lebih teruk bakal didatangi.
Ketika ini, aku akan rehatkan kaki aku dari bermain futsal. Kayuh masih mampu nak dibuat (low impact to the knee).
Mungkin inilah rehat yang paling lama akan aku lakukan dari futsal. Aku pasrah dan redha dengan ketentuan ini.. Insyallah..

No comments:
Post a Comment