Monday, December 28, 2009

SALAM

Entah kenapa, saban hari perihal aku diperhatikan oleh segelintir. Setiap tingkah laku akan dipersoal dan ditegur. Mungkin kerana mereka sayang, atau mungkin kerana mereka risau, tapi semua perkara pasti akan dikritis.

Dan entah mengapa, teguran yang dilemparkan dapat ku rasakan teramat sinis. Dan entah mengapa, teguran yang diberi pasti akan berasa dengan kekecewaan di lubuk hati. Sebagai insan yang tak lekang dengan kesabaran, setiap sinisan diterima, aku hanya mampu beristighfar di dalam hati untuk mengelak api amarah dari terus menyala. Dan setiap istighfar itu, pasti dapat menyejukkan hati ini untuk terus bersama.

Mungkin aku seorang yang pelembut di dalam kehidupan ini, dan mungkin aku seorang yang penyabar, tapi jauh di lubuk hati perasaan geram pasti akan ternukil.

Setiap insan yang menegur, telah ku kenali lebih dari sedekad lamanya. Dan setiap insan yang ku katakan ini, pasti mengasihi aku sebagai seorang sahabat.

Biarkan sahaja perihal mereka. Masing masing sudah dewasa dan matang dalam persahabatan. Barangkali jikalau perkara ini keterlaluan, mereka akan mengetahui apa yang tersirat.

Biarkan..biarkan mereka terjun dengan perihal perihal mereka.

No comments: