Wednesday, December 30, 2009

Tentang Diriku

Saban hari aku cuba untuk tidak mebiarkan ianya merumitkan pemikiran,
Tetapi tiap hari pasti perasaan itu akan terus menyirap ke dalam hati ini
Aku kian mendahagai sebuah kasih yang tulus
Segugus kasih yang telah lama tidak ku rasai kemanisan,
Secebis kasih yang kian hari kian luput dari hati
Secubit kasih yang kian malap baranya.

Aku merindui perasaan dicintai
Aku merindui perasaan mencintai
Mencintai seseorang yang ingin dicintai
Mencintai insan yang merasakan dicintai

Genggaman tangannya sudah terlalu lama tidak ku amati
Namun genggaman cinta juga kian lama kian mengulai.
Barangkali catitan hitam yang berlaku kini akan memalitkan lagi
Retakan seribu yang tidak mampu aku lapisi

Di ketika ini
Aku hanya mampu meratip setiap kesalahan yang berlalu
Aku hanya mampu menjadi insan yang hiba
Namun aku akan terus berusaha
Untuk memiliki sebuah hakiki
Yang indah dan terbaik untuk diriku
Namun hingga ke tika itu
Aku akan masih terus berusaha
Untuk menghadirkan sebuah cinta dari hatimu kepadaku
Kerana tidak mampu untuk ku curahkan kasih ku kepada yang lain

Monday, December 28, 2009

SALAM

Entah kenapa, saban hari perihal aku diperhatikan oleh segelintir. Setiap tingkah laku akan dipersoal dan ditegur. Mungkin kerana mereka sayang, atau mungkin kerana mereka risau, tapi semua perkara pasti akan dikritis.

Dan entah mengapa, teguran yang dilemparkan dapat ku rasakan teramat sinis. Dan entah mengapa, teguran yang diberi pasti akan berasa dengan kekecewaan di lubuk hati. Sebagai insan yang tak lekang dengan kesabaran, setiap sinisan diterima, aku hanya mampu beristighfar di dalam hati untuk mengelak api amarah dari terus menyala. Dan setiap istighfar itu, pasti dapat menyejukkan hati ini untuk terus bersama.

Mungkin aku seorang yang pelembut di dalam kehidupan ini, dan mungkin aku seorang yang penyabar, tapi jauh di lubuk hati perasaan geram pasti akan ternukil.

Setiap insan yang menegur, telah ku kenali lebih dari sedekad lamanya. Dan setiap insan yang ku katakan ini, pasti mengasihi aku sebagai seorang sahabat.

Biarkan sahaja perihal mereka. Masing masing sudah dewasa dan matang dalam persahabatan. Barangkali jikalau perkara ini keterlaluan, mereka akan mengetahui apa yang tersirat.

Biarkan..biarkan mereka terjun dengan perihal perihal mereka.