Monday, June 22, 2009

Tersebutlah Kisah...

Sudah lama aku meninggalkan warkah elektronik aku ini usang dari catitan catitan aku. Kehidupan di kala ini agak pantas. Siang berganti malam berlalu dengan begitu pantas. Aku adakala sibuk mengejar tanggungjawab aku di pejabat, dan kadang kadang masa yang terluang aku mengqada'kan tidur aku yang tidak pernah cukup.

Di kala ini, banyak benda yang telah berlaku, namun di antara semua itu, ada sesuatu yang aku ingin utuskan. Perkara ini sudah lama berlaku, adakala timbul, adakala ianya tenggelam. Aku ingin memperihalkan tentang kepentingan harmoni di dalam sesebuah institusi.

Sudah tersedia maklum bahawa peel manusia memang berbeza di antara satu sama lain. Ada yang unik, ada yang membosankan, ada juga yang menjengkelkan. Sedar tidak sedar, ada di antara perangai kita yang tidak begitu disenangi oleh rakan rakan sendiri. Kadang kadang aku juga berkelakuan sombong, adakala anda mungkin terlalu sinis, dan ada juga yang tidak sedar bahawa diri anda adalah sebenarnya baran.

Di sini ingin aku nyatakan bahawa sikap toleransi sudah lama wujud di antara kita. Tidak mungkin kita mampu bertahan berkawan sebegini lama sekiranya kita tidak mampu untuk bertoleransi sesama manusia. Namun, ingin aku nyatakan di sini bahawa ada segelintir di antara kita yang sangat suka memperendahkan toleransi yang diberi. Tidak kah anda dapat merasakan, yang kadang kadang tidak ada sesiapa yang menegur anda? Atau tidak ada yang menjemput anda untuk minum petang? Atau sedar tak sedar anda hanya keseorangan di malam hari, di kala rakan rakan lain keluar untuk secawan teh?

Cuba anda renung kembali perangai anda. Kalau kita perhatikan, jurang perpecahan antara kita semakin hari semakin besar. Ini kerana ada di antara kita yang tidak mampu untuk menahan cacian cacian yang anda lemparkan. Ada juga yang sudah tidak kuasa melayan kata kata sinis dan pedas yang keluar dari bibir anda. Jangan biarkan persahabatan di antara kita terkubur hanya kerana anda tidak mampu bertoleransi sesama sendiri. Jangan ikut kehendak anda sahaja tanpa memikirkan tentang kepayahan orang lain. Hari ini mungkin hari anda, tapi esok lusa kita tidak tahu milik siapa.

Oleh yang demikian, kepada siapa yang sinis, kurang kurangkanlah kata manismu itu. Sesiapa yang terasa besar kepala, besarkanlah lagi hati anda untuk menerima orang lain seadanya. Sesiapa yang baran, sejukkanlah hati mu itu dengan benda benda yang lebih berfaedah. Sesiapa yang terasa dirinya lebih hebat, ingatlah bahawa kehebatan mu itu juga disebabkan sokongan padu rakan rakan yang lain. Sesiapa yang terasa, buanglah yang keroh. Sesiapa yang merasa, curahkanlah semula air yang jernih untuk orang lain.

Ini semua catitan aku di dalam warkah. Apa yang tertulis, hanyalah sekadar renungan untuk semua. Aku tak mahu ada nanti buku ruas terhinggap di muka. Ini nasihat aku untuk anda. Tak mahu terima, ikutlah akal mu itu. Kerana mengikut akal mu itulah, maka terwujudlah keratan ini.

* Catatan ditulis oleh kerana aku lihat, aku dengar dan aku rasakan ada di antara kita yang ditindas oleh peel orang lain.

7 comments:

iNsOmNiAc said...

:) you're alwaiz the peace-maker aight, amad? good fer you...
I remembered an old fren of ours asked me to describe you, and I juz told her one word - 'nyaman' becoz somehow you are ;)

AskAmad said...

nyaman izzit? nice! berangin lah tu maksudnya..! heheh, i can't access your blog. kasi lah i masuk.. y izzit sometimes bole, sometimes can't?

sharkpitt said...

ni warkah siber ko tuju kat sape plak ni

*shaq blur as always*

buih said...

agnin pukui kapla.

Xul said...

apa yang penting? kerjasama.

iNsOmNiAc said...

owh, sorry i privatizekan dah blog tu...
well, i hope you still use your old hotmail acct coz i've just sent my invite to view that morbid blog of mine :p blog bimbo i ada baca x? ehehehe...

AskAmad said...

Spekulasi tentang target reader aku semuanya betul, tapi kurang tepat... Aku tujukan warkah ini untuk semua warga Total, dan watak watak yang diceritakan di dalam tu bukan berkisarkan kepada seorang, tetapi beberapa orang.. So, siapa makan cili, die rasa pijar..