Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Perkataan yang cantik “Allah”

Lagu yang merdu “Azan”

Novel yang menarik “Al-Quran”

Senaman yang bailk “Sembahyang”

Diet yang mujarab “Puasa”


Selamat menjalani ibadah puasa dan rebutlah sebanyak mungkin fadilat2 dlm sebulan Ramadan al-mubarak.

Thursday, August 13, 2009

Gantung Kasut

Selasa adalah malam futsal. Aku seperti biasa akan turun padang jika tiada aral melintang. Pada malam ini juga kebiasaannya adalah malam melawan team team lain. Ada team belang dan ada team Sha. Semua team hebat.

Pada malam Selasa yang lalu, Team Total turun dengan 5 orang aje. So, semua kena main sepenuh masa. Dan pada malam itu jugalah, dengan nasib yang agak malang, lutut aku sekali lagi menjadi mangsa lebam.

Ketika pemain lawan (Pawen) sedang cuba untuk meledakkan sepakan yang padu, aku dengan penuh berani (+ bangang) cuba melakukan gaya ala ala Macherano dengan menghalang sepakan itu. Tapi apakan daya, sepakan Pawen ternyata padu. Bola disepaknya sekuat hati, aku datang dan menadah kaki menghalang.. BOOOM! Sepakan dihalang. Di saat itu, aku dapat rasakan yang kaki kanan aku dah terlayang. Lutut aku pun dah terasa impak kesan dari halangan itu.

Huh, aku masih mampu berlari dan berjalan.. "Takde masalah kot lutut ni," kataku sendirian.

Selepas puas berhempas pulas, akhirnya habis juga perlawanan. Dah selesai, kami pergi minum. Setelah minum selama sejam, sudah tiba masa untuk pulang. Di situ lah segalanya bermula.

Aku dapati lutut kanan dah terasa bengkak. Nak bangun dari meja makan tadi dah terasa bisanya. Aku gagahkan juga untuk pulang. Setelah pulang, sebelum tidur, aku usap lutut aku dengan minyak panas. Aku lilit kan rantai Phiten di kelilingya.

Sesudah bangkit, lutut kanan ternyata tak dapat bengkok. MC lah jawapannya.

Dengan kudrat yang ada, aku pergi ke klinik. Doktor meyarankan agar aku kurangkan bermain futsal, atau kalau boleh, hentikan terus. Terkedu seketika aku dibuatnya.

Ternyata, kecederaan yang berlaku 4 tahun lepas masih belum pulih sepenuhnya. Kata kata doktor itu masih terngiang di dalam kepala..

Aku masih lagi memikirkan tentang nasihat yang diberi. Mungkin katanya benar. Kaki dan lutut ini aku nak guna sepanjang hayat. Kalau tak jaga, takut kecederaan yang lebih teruk bakal didatangi.

Ketika ini, aku akan rehatkan kaki aku dari bermain futsal. Kayuh masih mampu nak dibuat (low impact to the knee).

Mungkin inilah rehat yang paling lama akan aku lakukan dari futsal. Aku pasrah dan redha dengan ketentuan ini.. Insyallah..

Monday, August 3, 2009

Wisdom of the Day

"It's like the classic story of the young boy who travelled far from from his home to study under a great teacher. When he met the wise old man, his first question was,

'How long will it take me before I am as wise as you?'


"The response came swiftly, 'Five years.'

" ' This is a very long time,' the boy replied. 'How about if I work twice as hard?'

" ' Then it'll take ten,' said the master.


" 'Ten! That's far too long. How about if I studied all day and well into the night, every night?'


" ' Fifteen years,' said the sage.


" ' I don't understand,' replied the boy. 'Every time I promise to devote my energy to my goal, you tell me it will take longer. Why?'

" ' The answer is simple. With one eye fixed on the destination, there is only one left to guide you along the journey.' "


- The Monk Who Sold His Ferrari page 63 -

Need Help v1.1

Uh oh.. i'm so stress up with this dinner function! Date has been decided.. 14th Aug 08.

The venue has yet to be decided..

I want to held it in Armada, where they serve BBQ Buffet Dinner.
Unfortunately, some say the food is not worth the price.
I've never eaten the BBQ dinner, so I have little to say on that.

A friend suggested Mum's Place in Damansara Perdana.
I'm a little skeptical bout this place, as I have never been nor eaten there..
I'm just afraid the ambiance will be a normal coffee shop, which will be a turn off.

Another place that crossed my mind is Bora Asmara.
No buffet, just makan hidang with great ambiance..
Hmm.. pocho pocho?

What say u?

Friday, July 31, 2009

Mengantuk

Gambar ketika zaman belajar di payung, sebelum wujudnya tempat lepak W

Tiap tiap pagi bila nak pergi ke kerja, mata ini kadang kadang akan terasa mengantuk. Ini disebabkan oleh aktiviti dan tektik aku pada malam sebelumnya. Aku pun tak pasti kenapa aku keluar malam malam sebelum itu, yang pastinya keesokan pagi pasti akan terasa berat di mata.

Kebiasaannya, tiap tiap malam aku ada tektik. Sekarang ni pun, kehidupan malam telah terjadual;

Isnin : Aktiviti berbasikal
Selasa : Futsal UEFA
Rabu : Aktviti melepak
Khamis : Hari mencalat (dating)
Jumaat : Futsal
Justify Full
Aku rasa aku nak kurangkan dah aktiviti malam. Kalau tak kurangkan juga, mungkin satu hari nanti aku akan datang ke kerja seperti gambar yang tertera.

Rasa rasanya, yang mana satu aku patut eliminate?

Thursday, July 30, 2009

Need Help.

I need to organize my Boss's farewell party.

He's Chinese with lots of Malay subordinates..

I suggested Dim Sum, but as usual.. my Malay colleagues objected to it..

Any suggestions?