Monday, January 4, 2010

2010

2010..

Tahun ini akan dijadikan sebagai tahun cabaran bagi aku. Telah diniat di lubuk hati ini untuk menjadikan tahun yang paling produktif bagi aku, baik dari segi zahir mahu pun batin.

Aku tidak lagi ingin membuang masa seperti tahun tahun sebelum ini. Setiap masa akan ku hasilkan sesuatu yang bermakna. Untuk itu, selamat tinggal dunia lepak, dunia alpa, dan dunia sia sia. Telah terlalu banyak masa dan kudrat ini disiakan dengan aktiviti yang tidak produktif. Akan ku mulakan dengan kayuhan 1000km. Misi pada tahun ini adalah untuk mencapainya sebelum puasa menjelang.

Penilaian kendiri juga telah ku amati. Ingin ku kuatkan lagi perdambaan ku kepadaNya. Akan ku perkuatkan usaha untuk mendampingi Nya dengan penuh ikhlas dan tawwadu'. Aku sungguh lalai dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah bumi. Andai aku mati di tika ini, tidak mungkin dapat ku kecapi nikmat syurga, nescaya harumannya sekalipun.

Nukilan ini hanyalah niat ku di kala ini. Namun, semua ini hanyalah sia sia andai gagal untuk ku menunaikannya. I need to walk the talk. Untuk menjalankannya, banyak pengorbanan akan ku lakukan. Maaf dipinta andai perlakuan ku selepas ini tidak lagi seperti dahulu.

It is a make or break year. Andai aku tidak melangkah sekarang, maka makin banyak hati dan masa yang akan aku sakiti. Dan andai kata tidak bergerak, maka semua impian dan cita cita hanya mampu tinggal kenangan..